fbpx
SKUAD negara perlu mempersiapkan mental dan fizikal terbaik menjelang aksi menentang tuan rumah, Thailand di separuh akhir malam ini.

Futsal: Peluang lunas dendam kini terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD futsal Bawah 19 Tahun (B-19) berpeluang untuk melunas dendam menjelang aksi separuh akhir Kejuaraan B-19 Asia Tenggara menentang Thailand selepas skuad senior dimalukan dengan kekalahan 1-7 kepada tuan rumah pada Sukan SEA lalu.

Selain itu, misi di Stadium Nonthaburi malam ini juga menjurus kepada menambah derita dan aib Thailand selepas mereka yang dianggap kuasa besar futsal di rantau ini gagal meraih pingat emas pada temasya dwitahun berkenaan.

Walaupun berdepan cabaran besar menentang Thailand, pengurus pasukan, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya kekal optimis pemain negara sentiasa memiliki jiwa untuk menghadirkan hadiah tahun baharu kepada peminat futsal tempatan.

Menurutnya, dua aksi sengit Kumpulan B menentang Myanmar dan Indonesia membuktikan pemain negara memiliki semangat melawan sekali gus mematangkan pasukan bagi aksi lebih mencabar bertemu Thailand.

“Di peringkat separuh akhir esok (hari ini), Malaysia akan berdepan tuan rumah, Thailand yang muncul sebagai juara Kumpulan A. Kita akan pastikan barisan pemain bersedia sepenuhnya untuk aksi kali ini, biarpun atas kertas Thailand memiliki kelebihan.

“Saya juga berharap para pemain dapat memberikan segala yang mereka ada dalam pertemuan menentang Thailand. Inilah masanya untuk kita buktikan bahawa Malaysia mempunyai bakat-bakat berkualiti,” katanya.

Pada aksi kedua peringkat kumpulan di Stadium Nonthaburi, kelmarin, skuad kendalian Rakhpol Seinetngam terpaksa akur tewas tipis 0-1 kepada Indonesia, namun sikap pemain yang kekal melawan membuktikan mereka mahukan sesuatu pada penganjuran sulung kali ini.

“Barisan kejurulatihan yang diketuai Rakhpol pastinya tahu apa yang perlu dilakukan, khususnya dalam percaturan taktikal untuk memerangkap lawan dan dalam aksi sebenar, apa sahaja boleh berlaku.

“Saya percaya Thailand juga sudah mengkaji corak permainan, kekuatan dan taktikal kita, jadi situasi ini pasti memberi sedikit kesukaran. Namun, saya percaya barisan pemain sudah bersedia dengan perancangan jurulatih,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN