fbpx
GAMBAR fail menunjukkan kilang Boeing di Renton, Washington. - Foto AFP

China sekat 20 firma AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – China mengumumkan sekatan baharu ke atas 20 firma pertahanan Amerika Syarikat (AS)  termasuk sebuah cawangan Boeing  berhubung jualan senjata terkini Washington kepada Taiwan, pulau yang dituntut Beijing.

AS sudah lama menjadi pembekal senjata terbesar kepada Taiwan walaupun China menganggap pulau pemerintahan sendiri sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan enggan menolak menggunakan kekerasan untuk merampas kembali Taiwan.

Taipei berkata pada bulan ini bahawa Washington telah meluluskan jualan pertahanan bernilai AS$11 bilion (RM44.5 bilion) dalam salah satu pakej jualan senjata terbesar untuk pulau itu.

China mengkritik jualan itu dan mengumumkan sekatan baharu semalam terhadap kilang  pembuatan peralatan pertahanan Boeing di St. Louis, gergasi aeroangkasa Northrop Grumman dan lain-lain.

Syarikat-syarikat itu mempunyai sedikit atau tiada urusan langsung di China. Beberapa syarikat berkenaan pula telah disekat sebelum ini oleh Beijing.

Entiti China dilarang daripada bekerjasama dengan semua firma itu, manakala aset syarikat terbabit di China akan dibekukan.

“Jualan senjata ini jelas melanggar prinsip satu China dan merosakkan secara serius kedaulatan serta integriti wilayah China”, kata kementerian luar Beijing.

Boeing dan Northrop Grumman tidak menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen.

China turut menyekat 10 eksekutif industri tersebut dengan  melarang mereka daripada memasuki negara itu, termasuk Hong Kong dan Macau.- AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN