SUDAH bertahun-tahun bercerai, sosialit dan ahli perniagaan, Kim Kardashian menegaskan tidak pernah cuba memutuskan hubungan bekas suaminya, Kanye West dengan anak- anak mereka.
Walaupun kurang menyenangi sikap komposer dan penyanyi rap itu, Kim mengakui suka atau tidak lelaki terbabit tetap seorang figura ayah.
Bahkan sekalipun pernah menganggap Kanye sebagai toksik, dia tidak menghalang bekas suaminya berjumpa keempat-empat permata hati mereka.
Namun, akui wanita berstatus jutawan itu, Kanye sendiri yang memilih untuk tidak berkomunikasi dengan anak-anaknya tanpa sebarang alasan.
“Siapa cakap saya halang dia jumpa anak-anak. Dia yang langsung enggan bertanya khabar.
“Tetapi ada pula pihak dakwa saya cuba jarakkan mereka,” ujarnya.














