fbpx
Lokasi suspek letupan bom IED ditahan polis di Nilai petang tadi.

Ayang melecur di muka, badan, tangan dan kaki akibat letupan bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun yang disifatkan sebagai individu berbahaya dan dikehendaki polis berhubung kes letupan di Desa Palma, di sini pada Isnin lalu berjaya diberkas di kawasan Batang Benar, dekat Nilai petang tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, suspek yang dipercayai dalang utama kejadian letupan itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis kira-kira pukul 4.15 petang.

“Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan suspek mendapati terdapat kecederaan melecur di bahagian muka, badan, tangan dan kaki. Suspek yang dalam keadaan lemah ketika ditahan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut di bawah kawalan polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Alzafny berkata, polis turut merampas sebuah motosikal serta beberapa objek disyaki peranti letupan buatan sendiri (IED) di lokasi tangkapan, sekali gus mengukuhkan lagi kaitan suspek dengan kejadian berkenaan.

Semalam Kosmo! melaporkan, polis memburu seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Ayang, dalang utama pembuatan puluhan IED susulan kejadian letupan di Desa Palma, Nilai Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN