fbpx
Desas-desus keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Isa Khan dan Risteena kembali hangat diperkatakan sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

‘Takdir sampai sini’ – Rumah tangga Isa Khan, Risteena bergolak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Spekulasi keretakan rumah tangga pasangan pelakon, Isa Khan dan Risteena kembali hangat diperkatakan sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Isu mula tular apabila Isa atau nama lengkapnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 32,  seolah-olah memberi bayangan bahawa dia kini sedang melalui fasa kehidupan bersendirian.

“Sesungguhnya cinta manusia tiada yang kekal kecuali cinta pada yang kekal abadi.

“Sudah takdir untuk jalan sendiri, cerita kita hanya sampai di sini,” tulisnya dalam TikTok.

Dalam video tersebut, pelakon drama Cinta Tanpa Henti itu dilihat berjalan sendirian dengan berlatarkan lagu, Sumpah Dan Cinta Matiku nyanyian kumpulan Nidji.

Berdasarkan pemerhatian, tiada lagi gambar mahupun video terkini kakak kepada pelakon sensasi Ruhainies itu menerusi Instagram dan TikToknya.

Kedua-dua mereka juga kini dilihat menyahikut akaun media sosial masing-masing.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! Online bagi mendapatkan respons bagi pihak Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 36, gagal apabila dia tidak menjawab mesej.

Ini bukan kali pertama perkahwinan mereka didakwa bergolak apabila tahun lalu, khabar angin yang sama pernah timbul selepas mereka saling menyahikut dalam Instagram.

Bagaimanapun Risteena tampil menyelar dakwaan tersebut manakala suaminya memuat naik perkongsian ucapan rindu sekali gus melenyapkan spekulasi terbabit.

Isa dan Risteena mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2021 namun, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN