KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Disember 2025 /PRNewswire/ — Satu perubahan yang ketara sedang berlaku dalam landskap kesihatan dan kesejahteraan serantau apabila siri makanan tambahan Life-Space TrioBiotic yang inovatif menembusi pasaran Asia Tenggara secara rasmi. Pelancaran siri ini memperkenalkan pendekatan "tiga-dalam-satu" termaju terhadap kesihatan usus yang menggabungkan prebiotik, probiotik serta posbiotik dalam satu dos harian.
Dunia kesihatan dan kesejahteraan pada asasnya mengalami transformasi menerusi peranan penting Probiotik dalam menyokong kesihatan usus serta kesejahteraan keseluruhan. Sepanjang dekad yang lalu, kita dapat menyaksikan lonjakan yang mendadak berkaitan produk berasaskan probiotik—bermula daripada makanan tambahan dan makanan fungsian hinggalah minuman, kudapan, bahkan produk penjagaan kulit khusus.
Langkah ini diambil tatkala pasaran probiotik global meneruskan pertumbuhannya yang luar biasa yang diramalkan akan mencecah $140.34 bilion (USD) menjelang tahun 2031. Pertumbuhan di Asia didorong oleh pengguna yang semakin menitikberatkan kesihatan dan mencari penyelesaian yang efektif untuk mengurus tekanan gaya hidup moden yang sering kali mengakibatkan ketidakseimbangan usus, atau disbiosis.
Mikrobiom: Fokus Teras terhadap Kesihatan Serantau
Beberapa dekad kebelakangan ini menyaksikan para saintis mengetengahkan peranan penting mikrobiom—ekosistem kompleks yang terdiri daripada bertrilion-trilion mikroorganisme yang sebahagian besarnya terdapat dalam usus—yang menyokong kesemuanya bermula daripada fungsi imun dan penyerapan nutrien hinggalah tahap tenaga. Gangguan pada keseimbangan ini, yang dipengaruhi oleh tekanan, diet serta corak tidur, boleh memberi impak negatif ke atas tahap kesihatan keseluruhan.
Siri TrioBiotic dikatakan dapat memenuhi keperluan ini dengan memanfaatkan hubungan yang saling berkait antara tiga ‘biotik’:
- Probiotik: Mikroorganisme hidup yang penting untuk kesihatan pencernaan.
- Prebiotik: "Bahan bakar" yang memberikan khasiat dan menyokong bakteria probiotik yang bermanfaat.
- Posbiotik: Sebatian bermanfaat, seperti Asid Lemak Rantai Pendek (SCFA), yang dihasilkan oleh probiotik selepas mengambil prebiotik.
Perangkuman ketiga-tiga unsur ini—formulasi berbilang biotik—memperlihatkan evolusi yang seterusnya dalam pelengkapan kesihatan usus yang melangkaui produk-produk probiotik fokus-tunggal tradisional.
Penyelesaian Bersasar dan Pelancaran Serantau Strategik
Siri Life-Space TrioBiotic dihasilkan dengan mengambil kira keperluan khusus-jantina dan membawakan dua produk khusus:
- Life-Space TrioBiotic for Women: Formula yang menyokong kesihatan usus umum, penghadaman dan keimunan, di samping menawarkan sokongan tambahan untuk kesihatan vagina dan urogenital.
- Life-Space TrioBiotic for Men: Disesuaikan untuk menyokong kesihatan usus, tahap tenaga dan keimunan, dengan komponen spesifik untuk membantu keperluan kesihatan lelaki, termasuk kesihatan sperma.
- Pelancaran produk-produk ini dijangka akan mempengaruhi pasaran serantau dengan ketara bagi makanan tambahan kesihatan fungsian, seterusnya menawarkan pengguna dengan pendekatan yang sofistikated dan komprehensif untuk mengekalkan keseimbangan dalaman.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4853733_MS53733_6














