fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir melanda Selangor, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang ini di beberapa negeri.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melibatkan beberapa daerah di Pahang iaitu Bentong dan Temerloh manakala di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Turut terlibat, seluruh negeri Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Di Negeri Sembilan, daerah terlibat termasuk Jelebu, Seremban, Port Dickson, Jempol dan Tampin.

Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

Turut terlibat Sabah di Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN