fbpx
Anggota bomba menjalankan operasi mencari mangsa yang lemas di kawasan pintu air Sungai Ulu Sat, Machang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

Remaja lemas dihanyut sungai dijumpai 1.5km dari pintu air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Seorang remaja yang dihanyut arus deras semasa bermain bersama abang dan rakannya di kawasan pintu air Sungai Ulu Sat di sini hari ini dijumpai kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi mangsa lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Ahmad Alfarra Mohamad Zin berkata, mayat remaja berusia 13 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 9.41 malam oleh orang awam.

“Mangsa ditemukan sejauh 1.5 kilometer dari lokasi dia dikhuatiri lemas. Pihak polis membawa mangsa ke Hospital Machang di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, kegembiraan dua beradik bermandi-manda di sungai bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras Sungai Kelantan dekat Kampung Ulu Sat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun hilang, manakala abangnya, 15 tahun sempat diselamatkan oleh penduduk kampung.

Saksi kejadian, Muhamad Azam Faiz Anuar, 19, berkata, dia yang sedang perjalanan dari Pasir Puteh untuk pulang ke rumahnya ditahan oleh seorang budak lelaki yang memaklumkan dua rakannya lemas.

“Saya terus menghubungi rakan yang berusia 18 tahun supaya membawa tali untuk menyelamat mangsa lemas. Rakan saya sempat menghulurkan tali dan abangnya ketika itu sedang berpaut pada batu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI