fbpx
GAMBAR fail sebuah pantai di Pattaya. - Foto AFP

Polis cekup pelancong berasmara di tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Polis di Pattaya, Thailand menahan sepasang kekasih warga Russia pagi kelmarin selepas menerima aduan mereka melakukan hubungan intim secara terbuka di Pantai Jomtien,, lapor portal berita The Pattaya News.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.06 pagi (waktu tempatan) di kawasan pantai di Moo 12. 

Balai Polis Bandar Pattaya menerima aduan orang awam mengenai sepasang pelancong asing yang mempamerkan tingkah laku tidak wajar dengan melakukan hubungan intim di tempat awam.

Polis dikerahkan ke lokasi kejadian, namun pasangan tersebut telah meninggalkan bangku dan melarikan diri ke arah jalan tepi pantai hanya beberapa minit sebelum mereka tiba. 

Polis kemudian berjaya menjejaki dan menahan pasangan itu di hadapan sebuah hotel di kawasan Jomtien, tidak jauh dari lokasi kejadian. 

Mereka dibawa ke Balai Polis Bandar Pattaya untuk siasatan lanjut.

Semasa soal siasat, pasangan itu menjelaskan bahawa mereka pernah berkahwin tetapi telah bercerai. 

Mereka bertemu semula ketika bercuti di Thailand bersama rakan-rakan. 

Lelaki berkenaan cuba memujuk untuk berdamai dan melamar bekas isterinya untuk berkahwin semula. 

Disebabkan mereka berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian, pasangan itu hilang kawalan diri.

Pasangan itu diberikan amaran, dinasihatkan agar tidak mengulangi perbuatan tersebut sebelum dibebaskan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN