fbpx
Abdul Hadi (tiga dari kanan) dipimpin pembantunya ke ruang sidang akhbar di Rusila, Marang hari ini.

Pas persembah calon Menteri Besar baharu kepada Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Pas mempersembahkan seorang calon parti itu kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Mohd. Shukri Ramli yang meletak jawatannya semalam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun enggan mendedahkan nama ADUN Pas yang telah dicalonkan itu.

“Pas mempunyai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perlis dan kami telah mengemukakan calon yang difikirkan layak. Keputusan seterusnya (pelantikan Menteri Besar baharu) terpulang kepada Raja (Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail),” katanya pada sidang akhbar di Rusila, di sini, hari ini.

Semalam, Mohd. Shukri yang merupakan ADUN Sanglang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN