PETALING JAYA – Seorang doktor mendedahkan orang Melayu suka mengambil cuti sakit (MC) tanpa sebab terutamanya ketika musim cuti umum.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, doktor terbabit berkata, ramai yang datang ke hospital semata-mata untuk mendapatkan MC bagi menyambung cuti.
“Krismas Melayu MC, raya Cina Melayu MC, Deepavali Melayu MC, Thaipusam Melayu MC
Raya Aidil Fitri ‘confirm’ Melayu MC. Sihat tapi minta MC. Yang sakit tu belakang kira. Kalau buat locum atau part time di klinik swasta pun muka Melayu juga ramai minta MC,” kongsi doktor tersebut.
Mengulas lanjut, doktor itu memberitahu ramai yang minta MC untuk menghalalkan cuti yang tak direstui.
“Boleh la doktor MC dua hari, hujung tahun ni doktor faham-faham la cuti dah habis. Saya pula nak balik kampung jauh ni. Ini perbualan dari kisah benar,” kata doktor itu.
Malah tambah doktor tersebut, ada sesetengah individu yang memohon MC di klinik berlainan semata-mata untuk mendapatkan cuti yang lebih panjang.
“Kelmarin MC di klinik A, semalam MC di klinik B, hari ni MC di klinik C. Esok public holiday (cuti umum). Senang, cuti terus seminggu,” ujarnya.
Beliau berkata, sepatutnya orang ramai yang ingin bercuti dengan selesa dan panjang tidam perlu memohon MC ‘tipu’.
“Jadual cuti dah ada setahun apply (mohon) awal. Tak dapat cuti, bertolak ansur. Orang lain pun nak cuti, bukan kita sorang. Ni tak, apply MC sebagai ‘back up’ cuti kau. Cuti dapat, gaji masuk, lepas tu orang lain kena buat kerja kau. Aku Melayu dan aku tulis ni sebab aku hadap sendiri realiti berlaku di klinik hari-hari.
“Kalau terasa bila ditegur, mungkin sebab korang sebahagian daripada golongan ini,” tegasnya.-KOSMO! ONLINE














