fbpx
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di sebuah kilang keluli di Perai, petang tadi. Foto ihsan JBPM

Kilang buat keluli musnah terbakar, tiada mangsa terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam kejadian kebakaran sebuah kilang pembuatan keluli di Lorong Perusahaan Perai 12, Perai di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 3.10 petang sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang jenis separa kekal dan dilaporkan berlaku di tingkat satu iaitu tempat pembuangan sisa-sisa besi “Cooling Tower” yang berkeluasan 50×50 kaki persegi.
“Anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran semasa adalah sebanyak 90 peratus. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya di sini, sebentar tadi.

Jelasnya lagi, anggota kemudiannya melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman api sehingga selesai pada pukul 3.55 petang tadi.

“Lokasi kejadian kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya,” katanya operasi terbabit ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.16 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI