fbpx
GAMBAR fail beberapa kapal perang Jepun. - Foto AFP

Kerajaan Jepun lulus bajet lebih RM3 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Kerajaan Jepun hari ini meluluskan bajet terbesar untuk tahun fiskal akan datang, bagi membiayai segala-galanya daripada perbelanjaan pertahanan hinggalah kepada kos keselamatan sosial yang semakin meningkat berikutan inflasi berterusan.

Bajet berjumlah 122.3 trilion yen (RM3.15 trilion) untuk tahun fiskal bermula April 2026 itu akan memperuntukkan merangkumi kira-kira sembilan trilion yen (RM232.83 bilion) hanya untuk perbelanjaan pertahanan.

Ia seiring dengan gesaan Perdana Menteri Sanae Takaichi yang mahu segera meningkatkan keupayaan ketenteraan Tokyo berikutan hubungan yang semakin buruk dengan China.

“Jepun berdepan persekitaran keselamatan yang paling buruk dan sukar sejak perang (Dunia Kedua) berakhir,” kata Kementerian Pertahanan Jepun dalam satu kenyataan.

Teras permintaan kementerian berkenaan adalah peruntukan 100 bilion yen (RM2.58 bilion) untuk sistem pertahanan pantai dinamakan SHIELD yang akan mengerahkan dron untuk menyekat sebarang pencerobohan tentera asing.

Jepun berharap SHIELD iaitu singkatan untuk sistem (Pertahanan Pesisir Pantai Segera, Hibrid, Bersepadu dan Dipertingkatkan) dapat disiapkan menjelang Mac 2028, namun kawasan pantai ia akan ditempatkan tidak didedahkan.

Bajet yang semakin meningkat itu diusulkan ketika pasaran antarabangsa bimbang tentang dasar perbelanjaan besar Takaichi yang menambah hutang awam Jepun.

Jepun mempunyai nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) terbesar dalam kalangan ekonomi utama, dijangka mencapai 232.7 peratus tahun ini, demikian menurut Tabung Kewangan Antarabangsa.

Awal bulan ini, Parlimen meluluskan bajet tambahan besar, untuk membiayai pelan rangsangan ekonomi 21.3 trilion yen (RM550.99 billion) yang diumumkan sebulan sebelumnya.
Draf bajet 2026 itu bagaimanapun masih perlu diluluskan oleh Parlimen. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI