fbpx
SWEET memaklumkan perkara paling penting dalam kehidupan rumah tangga ialah kepercayaan antara pasangan suami isteri.

‘Jangan tokok tambah isu rumah tangga orang, takut jadi badi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suami Sweet Qismina melarang aktres popular itu mencampuri atau memberi sebarang komen berkaitan isu rumah tangga orang lain.

Mengakui bimbang melihat banyak isu rumah tangga berlaku disekelilingnya, Sweet, 38, berkata, suaminya juga meminta agar tidak menjadi individu yang menokok nambah cerita kerana bimbang akan memakan dirinya semula.

“Sebenarnya risau juga tengok banyak isu rumah tangga orang terutama dalam media sosial dan sebab itu, Adam nasihatkan saya agar tak masuk campur.

“Adam pesan, jangan pernah ‘post’ satu benda pun, komen, cerita dan elak buat muka bila ada orang bercerita itu.

“Kalau di set pengambaran pun, kalau orang bercerita, kita dengar beri reaksi di situ saja tanpa bercerita Panjang. Lebih baik diam saja, tak mahu jadi badi,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia berkata, perkara paling penting dalam kehidupan rumah tangga ialah kepercayaan antara pasangan suami isteri.

“Adam jenis seorang suami yang sentiasa ‘update’ tentang semua perkara dia buat, A hingga Z setiap hari kepada saya. Itu yang kami praktikkan sejak mula perkenalan.

“Kami tak mengongkong antara satu sama lain dan perkara itu memang dia sendiri nak buat sebab risau saya tak percayakan dia.

“Itu ‘love language’ dia, akan bercerita semua benda. Sementara saya pula lepas pulang dari kerja, tak bercerita dah,” ujarnya.

Terdahulu, Sweet dan Adam mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN