PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga pukul 10 pagi ini di enam negeri.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk tersebut dijangka melibatkan daerah Sik dan Baling di Kedah.
“Di Perak, kawasan tertumpu sekitar Hulu Perak manakala di Kelantan membabitkan Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai,” katanya.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Mukah dan Miri (Miri).
“Hujan turut diramal melanda Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu) dan Sandakan (Telupid dan Sandakan).
“Cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh sama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE














