fbpx
KEADAAN bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11.5 Lebuh Raya Utara Selatan, Johor Bahru malam tadi. Foto IHSAN PEMBACA

4 cedera bas ekspres langgar tembok pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu dan tiga penumpang cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 11.5, Lebuh Raya Utara Selatan di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, pihaknya menerima maklumat pukul 9.50 malam dan siasatan awal mendapati bas jenis Scania itu dipandu warga tempatan berusia 39 tahun.

Terdapat pemandu kedua berusia 39 tahun dan lima penumpang di dalam bas berkenaan.
“Ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Setibanya di lokasi kejadian, bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. Pemandu kedua terseliuh di bahagian leher, manakala tiga penumpang cedera ringan.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah. Pemandu utama dan dua lagi penumpang disahkan tidak cedera. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN