fbpx
Tangkap layar rakaman memaparkan sebuah kereta menggeser kenderaan lain di petak parkir.

[VIDEO] ‘Sudah geser kereta orang, lari pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA -Tindakan seorang pemandu yang berlalu pergi tanpa rasa bersalah selepas dipercayai menggeser sebuah kereta lain di kawasan parkir di Jelatang, Alor Gajah, Melaka mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video oleh @nrlnazndn_, kelihatan pemandu tersebut cuba memasuki petak parkir sebelum keretanya bergeser dengan kenderaan bersebelahan, namun terus meninggalkan lokasi kejadian.

“Memang saja tidak gerak dulu sebab nak dapatkan video kereta Camry itu masuk parking. Agak menyakitkan ya walaupun bukan kereta sendiri,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata meluahkan rasa berang terhadap tindakan pemandu berkenaan.

“Tolonglah orang macam ini jangan bawa kereta. Tidak pasal-pasal melibatkan kereta orang lain. Kalau sondol pokok tidak apa juga,” komen Syafiq Sharifuddin.

“Lepas itu terus pergi saja. Memang lari macam tidak ada rasa bersalah langsung,” kata Syamim.

“Sakit hati kalau kena macam ini. Kita pula tidak tahu bila dan siapa yang buat, tiba-tiba sudah calar,” komen Mekjen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN