fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan pemandu lori treler memintas beberapa kenderaan dan menggunakan lampu tinggi.

[VIDEO] Lori ‘highbeam’ berkali-kali, laju-laju nak pergi mana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu lori treler menggunakan lampu tinggi agar diberi laluan untuk memotong di lorong kiri dan tengah di lebuh raya mengundang kecaman ramai.

Menerusi hantaran di Threads, rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan pemandu lori treler menggunakan lampu tinggi berulang kali, seolah-olah memaksa pengguna jalan raya memberi laluan.

“Terpaling ‘pilot’ darat macam bawa kereta pula dengan ‘cilok-cilok’ orang lain. Lebuh raya menuju ke arah selatan. Trafik sesak, tapi dia siap bagi lampu tinggi,” katanya.

Difahamkan, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti umum dan diskaun tol.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata menyifatkan tindakan pemandu lori treler itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Alasan apa nak memotong kenderaan lain kalau dah trafik sesak. Lori lain tak huru-hara macam dia pun,” komen @Dbpphotography87.

“Nanti kalau dah kemalangan, salahkan titik buta atau tekanan brek rosak pula,” komen @Nurul_amlee. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN