fbpx
Tangkap layar tular di media sosial seorang lelaki didakwa memakai pakaian wanita dalam satu majlis bertaraf antarabangsa.

Jawi siasat juri lelaki pakai gaun terbelah nampak paha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada berhubung isu seorang lelaki didakwa berpakaian menyerupai wanita semasa menghadiri sebuah majlis bertaraf antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, Jawi juga diminta bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menurunkan kandungan berkaitan di media sosial.

Menurutnya, pihaknya memandang serius isu yang tular di media sosial melibatkan tindakan seorang lelaki tempatan yang berpakaian menyerupai wanita semasa menghadiri sebuah majlis bertaraf antarabangsa.

“Perbuatan tersebut telah mengundang reaksi negatif masyarakat dan disifatkan sebagai mencabar sensitiviti agama serta norma budaya di negara ini.

“Dari perspektif Islam, perbuatan menyerupai jantina lain adalah bercanggah dengan syariat dan tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pendekatan dakwah dan pencegahan akan terus diperkukuh melalui khutbah, program keagamaan dan penyampaian di media sosial bagi meningkatkan kefahaman masyarakat serta memelihara keharmonian dan nilai budaya negara.

Terdahulu, tular seorang lelaki dipercayai juri untuk satu acara, didakwa berpakaian wanita dalam satu majlis bertaraf antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN