fbpx
VAN DE VEN (kiri) dikecam oleh Slot kerana didakwa menjadi punca kecederaan patah kaki yang dialami oleh Isak. - AFP

EPL: Spurs pertahankan Van De Ven

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Thomas Frank menempelak rakan sejawatnya di Liverpool, Arne Slot yang mengecam pemain pertahanannya, Micky Van De Ven ekoran insiden melibatkan kecederaan Alexander Isak.

Slot seakan menuding jari kepada Van De Ven yang menyebabkan penyerang termahal Liga Perdana Inggeris itu dilaporkan mengalami kecederaan patah kaki, namun Frank tidak bersetuju dengan dakwaan pengurus The Reds berkenaan.

“Jelas sekali saya tidak bersetuju kerana kita bercakap tentang pertahanan yang cuba melakukan apa saja untuk mempertahankan gawangnya. Dia (Van de Ven) melakukan apa saja untuk menghalang percubaan.

“Malangnya, kaki Isak berada di situ dan ia kelihatan agak teruk. Katakan Van De Ven tidak melakukannya, saya tidak fikir dia adalah pertahanan sejati, malah petanda baik adalah kedua-dua pemain sudah selesaikan perkara ini,” katanya.

Kekalahan kepada Liverpool terus memberi tekanan kepada Spurs yang hanya mampu menang sekali dalam lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris dan kini mengumpul 22 mata daripada 17 perlawanan.

Aksi seterusnya menentang Crystal Palace menjadi perlawanan getir buat Frank yang terdesak memerlukan kemenangan biarpun sedar pasukan lawannya itu dikemudi oleh seorang pengurus yang cukup baik.

“Saya fikir Oliver (Glasner) melakukan tugasnya dengan baik bersama Crystal Palace. Mereka bertahan dengan baik hingga menyukarkan pasukan lawan, malah mereka juga agak bagus ketika melakukan serangan balas,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN