fbpx
TANGKAP layar seorang wanita dengan akaun bernama @joannetjh0 mencari suami di aplikasi Bumble. - Foto Stomp

Wanita mengeluh lelaki tempatan tidak minat guna aplikasi cari jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Keluhan seorang wanita mengenai masalah kekurangan lelaki Singapura di sebuah aplikasi temu janji mendapat perhatian ramai apabila klip video yang dimuat naik tular di media sosial, lapor laman berita Stomp hari ini.

Wanita dikenali sebagai @joannetjh0, 34, berkata dalam video yang dimuat naik di TikTok bahawa dia sedang melalui proses perceraian yang sangat sukar.

Dia memuat turun aplikasi temu janji Bumble kerana ibu bapanya bimbang dia akan hidup sendirian ketika usia tua.

“Mengapa hampir 90 peratus daripada mereka (pengguna Bumble) ialah orang Barat atau ekspatriat? Ke mana perginya lelaki tempatan?” soalnya.

Pengguna media sosial memberikan pelbagai komen dengan salah seorang daripadanya menulis: “Lelaki tempatan kini berkahwin dengan gadis Vietnam. Mereka sudah lama berputus asa terhadap gadis Singapura.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI