fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Radzi Jidin yang menunjukkan seorang lelaki sedang mencuri kasut milik kejiranan di Presint 9.

[VIDEO] Orang Putrajaya diminta waspada, kes curi kasut di Presint 9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terdapat beberapa kes kecurian kasut dilaporkan berlaku di kawasan perumahan di Presint 9, Putrajaya.

Menerusi satu hantaran di akaun TikTok Ahli Parlimen Putrajaya, Dr. Radzi Jidin berkata, antara kawasan terlibat adalah Fasa 1, Fasa 5, Fasa 6 dan Fasa 12 yang didakwa menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab.

“Warga Putrajaya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan memastikan barangan peribadi disimpan dengan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
“Polis telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan sedang mengambil tindakan susulan,” katanya.

Menurut beliau, penduduk yang terkesan diminta tampil membuat laporan polis dengan segera bagi membantu siasatan.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dipercayai penduduk di kawasan tersebut berkongsi pengalaman kasut mereka dicuri.

“Saya hilang tiga pasang termasuk kasut kawad,” kongsi @Donfayyadh.

“Setiap kali aku beli selipar baharu, mesti esok pagi selipar tukar lain. hahaha. Aku rasa sebab orang ini la kot,” kata @Afiqaboh323. – KOSMO! ONLINE

@drradzijidin Saya menerima laporan bahawa beberapa kes kecurian kasut telah berlaku di sekitar Presint 9, melibatkan Fasa 1, Fasa 5, Fasa 6 dan Fasa 12. Warga Putrajaya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta memastikan barangan peribadi disimpan dengan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Polis telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan sedang mengambil tindakan susulan. Bagi penduduk yang terkesan, sila tampil membuat laporan polis dengan segera. #DRJ #DRJdiPutrajaya ♬ original sound – DrRadziJidin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI