fbpx
Tun Dr. Mahathir melihat kereta Proton edisi terhad Limosin dan Eksekutif pada acara kunjungan hormat yang mengumpulkan pemilik Proton Edisi Terhad (Limosin dan Eksekutif) di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Tun M harap jenama Proton bertahan hingga 100 tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap agar jenama Proton terus bertahan dan kekal relevan sekurang-kurangnya sehingga 100 tahun akan datang sebagai lambang kejayaan industri automotif negara.

Beliau turut menekankan keyakinan bahawa rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, mempunyai kemampuan untuk menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi setanding jenama antarabangsa.

“Kereta limosin ini, semasa saya jadi Perdana Menteri, saya guna kereta Proton Limosin. Saya tidak pakai Mercedes dan lain-lain, saya pakai kereta Proton.

“Kita kena yakin diri. Kita boleh buat apa saja untuk kita. Orang Melayu ada kebolehan. Soalnya nak ataupun tidak,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika berucap pada acara kunjungan hormat yang mengumpulkan pemilik Proton Edisi Terhad (Limosin dan Eksekutif) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembangunan industri seperti automotif dan aeroangkasa boleh dicapai sekiranya rakyat yakin kepada kebolehan sendiri.

“Saya yakin, kita bukan sahaja nak milik kereta, kita nak buat kereta. Sampai ke tahap cipta enjin, jentera dan segala komponen. Itu semua boleh dibuat oleh kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN