fbpx

Tribesigns Menang Anugerah “Jenama Perniagaan Amazon Terbaik Tahunan 2025”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK, 24 Disember 2025 /PRNewswire/ — Tribesigns, iaitu pengilang dan penjual perabot yang berprestij di peringkat global, baru-baru ini dianugerahkan "Jenama Perniagaan Amazon Terbaik Tahunan 2025" oleh Amazon Global Selling di sidang kemuncak tahunannya.

Tanggal 4 Disember 2025, Sidang Kemuncak Amazon Global Selling 2025 bermula di Hangzhou yang melaluinya Amazon Global Selling melancarkan secara rasmi strategi "Jualan Global Generasi Akan Datang" bagi memperkasakan syarikat-syarikat e-dagang dengan teknologi dan keupayaan operasi yang terkemuka di dunia demi mencapai pengembangan global sehenti.

Di sidang kemuncak ini, Tribesigns diberi penghormatan menerusi "Jenama Perniagaan Amazon Terbaik Tahunan 2025" oleh Amazon Global Selling atas prestasi perniagaannya yang cemerlang sepanjang tahun lalu.

Tribesigns Wins "2025 Amazon Business Brand of the Year" Award
Tribesigns Wins "2025 Amazon Business Brand of the Year" Award

"Kami berasa sangat berbesar hati menerima anugerah ini, yang membawa erti yang cukup besar buat kami. Ini menunjukkan pengiktirafan daripada Amazon terhadap pencapaian kami dalam sektor perabot pejabat komersial dan rumah sepanjang tahun lalu. Ia juga menjadi dorongan yang besar buat kami untuk menghasilkan lebih banyak produk yang mengutamakan pelanggan, eksklusif untuk Amazon," kata Peter Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Tribesigns.

Secara kebetulan, Tribesigns akan meraikan ulang tahun ke-15 mulai 9 hingga 19 Januari 2026. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh menikmati POTONGAN sehingga 50% ke atas lebih 500 SKU, membawakan pelbagai jenis produk termasuk meja pejabat rumah, meja konsol, meja sisi, meja makan, rak buku, penyusun, rak kasut, meja sisi katil, rak dapur, meja persidangan, meja sambut tetamu, almari bufet dan banyak lagi.

Memenangi anugerah ini menyaksikan satu permulaan yang baharu untuk Tribesigns. Melangkah ke hadapan, Tribesigns akan mendukung komitmen teguhnya bagi menyediakan penyelesaian rumah dan pejabat yang unggul, unik dan inovatif di seluruh dunia.

Latar Belakang Tribesigns

Tribesigns ialah pereka dan pengilang bagi perabot global yang terkemuka. Dengan slogan ‘Direka untuk Kehidupan’, falsafahnya berkisarkan kepelbagaian gaya hidup peribadi dan kepentingan membuat pilihan mesra alam.

Tribesigns dikenali secara meluas lantaran reka bentuk perabotnya yang tersendiri dan elegan. Kebanyakan modelnya yang terkini bersifat eksklusif untuk jenama ini yang menawarkan produk-produk unik yang menggabungkan ciri keindividuan, mutu ketukangan serta gaya tak lapuk dek zaman.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tribesigns, sila kunjungi https://tribesigns.com/AmazonB2BFacebookInstagramYouTubePinterest dan TikTok.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4851599_MS51599_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI