PETALING JAYA – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada lebih 5.2 juta murid sekolah kerajaan yang akan disalurkan kepada ibu bapa bermula 11 Januari tahun depan disifatkan amat membantu terutama mereka yang mempunyai ramai anak masih bersekolah. Penyerahan secara tunai di sekolah itu juga mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa. Inisiatif kerajaan ini memperuntukkan RM800 juta sebagai bantuan one-off bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak. Di Ipoh, Perak seorang penjawat awam, Suhaili Abd.…














