fbpx
Arak seludup yang dirampas dibawa ke PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.

Stor bergerak arak seludup terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Kelicikan sindiket menjadikan lori bonded sebagai stor bergerak bagi penyimpanan arak seludup di kawasan perumahan terbongkar selepas diserbu di Taman Bayu Emas di sini, semalam.

Dalam serbuan Op Taring Landai pukul 7 pagi itu berjaya merampas minuman keras tidak bercukai hampir RM500,000 serta menahan dua lelaki berusia 27 dan 40 tahun.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Superintendan Fakharuddin Amri Sanusi berkata, pihaknya melakukan pemerhatian selama kira-kira 15 minit dan mendapati dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza keluar masuk bagi memindahkan arak dari lori berkenaan.
“Hasil serbuan membawa kepada penahanan dua lelaki termasuk warga asing yang berperanan sebagai penjaga lori dan pemunggah arak seludup tersebut.

“Kita turut merampas pelbagai jenis minuman keras yang disyaki tidak bercukai yang bernilai RM 464,325.65,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fakharuddin, pihaknya turut menyita sebuah lori bonded lima tan serta dua buah MPV Toyota Avanza yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pengedaran.

Katanya, siasatan awal mendapati arak tersebut dipercayai untuk pasaran Lembah Klang, khususnya menjelang musim perayaan Krismas.

“Kedua-dua suspek ditahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN