fbpx
Lokasi kebakaran berhadapan SJKT Ladang Kirby, Batu 9, Jalan Labu, pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Sembilan rumah setinggan hangus di Labu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sebanyak sembilan buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tampil (SJKT) Ladang Kirby, Batu 9, Jalan Labu, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.18 pagi, sebelum jentera tiba di lokasi pada pukul 9.33 pagi, kira-kira 19 kilometer dari balai.

“Kebakaran membabitkan sebanyak sembilan rumah setinggan kelas B berukuran 20 x 60 kaki persegi setiap unit, dengan lapan rumah musnah 100 peratus manakala sebuah lagi musnah kira-kira 30 peratus. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pukul 10.10 pagi dan tiada mangsa dilaporkan,” katanya kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN