fbpx
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai mengambil minyak diesel yang berada di permukaan banjir dan lumpur. - TikTok 

Selepas emas, minyak pula muncul setelah banjir surut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Aceh Barat, wilayah Aceh digemparkan dengan kemunculan minyak dipercayai diesel selepas banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda mulai surut, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform @officialinews menunjukkan penduduk tempatan berpusu-pusu mengambil lapisan minyak yang berada di permukaan air dan lumpur.

Ada antara mereka sanggup membawa baldi, tong air, botol mineral serta cawan kosong untuk mengambil minyak tersebut. 

Punca dan asal usul kemunculan minyak itu masih belum diketahui. 

Rakaman itu mencatatkan lebih lima juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Jangan dimuat naik di media sosial, nanti pemerintah katakan ia milik mereka,” kata seorang netizen. 

“Di sebalik bencana yang terjadi, ada hikmahnya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN