fbpx
Keadaan sebuah rumah dirempuh kereta Proton Preve di Kampung Chepoh, Hulu Terengganu semalam. - Ihsan PDRM

Rosak rumah dirempuh pemandu Proton Preve tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Seorang pemuda berusia 21 tahun nyaris maut selepas kereta Proton Preve dinaikinya tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh sebuah rumah di Kampung Chepoh di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 17, Jalan Kuala Berang–Tajin–Telemong pada pukul 10.30 malam itu, mangsa yang tiada lesen memandu terbabit mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu kejadian, lelaki tersebut dikatakan dalam perjalanan ke Tanjung Putat dari Telemong di sini.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Preve dipandunya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh sebuah rumah penduduk di Kampung Chepoh.

“Impak rempuhan terbabit menyebabkan sebahagian struktur bumbung dan dinding rumah terbabit runtuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sharudin berkata, penghuni rumah terbabit bernasib baik terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemuda itu tidak memiliki lesen memandu yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN