SIAPA sangka di sebalik raut wajah remaja berusia 15 tahun itu tersembunyi bakat luar biasa dalam bidang pesawat kawalan jauh (RC aircraft) yang kebiasaannya hanya diminati oleh golongan dewasa. Muhammad Harith Anaqi Mohd. Amin, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Sulong, Jeniang, Kedah bukan sekadar ‘pilot RC’ cilik, malah sudah mampu membina sendiri pesawat kawalan jauh dengan rekaan hasil tangannya. Anak jati Jeniang, Kedah itu mula aktif dalam dunia pesawat kawalan jauh sejak berusia 10 tahun hasil bimbingan……














