fbpx
Arrizabalaga menyelamatkan tendangan Maxence Lacroix dalam aksi suku akhir Piala EFL, awal pagi tadi.

Piala EFL: Arrizabalaga tidak sabar bertemu Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penjaga gol Arsenal, Kepa Arrizabalaga mengakui tidak sabar untuk menentang bekas kelabnya, Chelsea pada separuh akhir bulan depan dalam misi membawa The Gunners ke pentas final Piala Liga Inggeris (EFL) musim ini.

Arrizabalaga menjadi wira buat Arsenal selepas membantu pasukan menang aksi suku akhir Piala EFL dengan menyingkirkan Crystal Palace menerusi penentuan sepakan penalti 8-7 apabila menyelamatkan tendangan Maxence Lacroix.

Penjaga gol Sepanyol itu mengakui gembira apabila dapat membantu pasukan lolos ke kelompok empat kelab terbaik sekali gus makin hampir untuk menamatkan kemarau trofi selama lima tahun.

“Jika kita mahu menang trofi ini, kita perlu hadapi pasukan terbaik dan Chelsea adalah pasukan yang berkualiti.

“Pemain perlu terus berusaha keras kerana kita akan mengharungi aksi timbal balik yang sukar dan kita perlu bersedia daripada sekarang,” kata Arrizabalaga yang menyertai Arsenal daripada kem The Blues pada Ogos lepas.

Mengulas mengenai persediaan yang dibuat sebelum penentuan sepakan penalti, Arrizabalaga mengakui cuba untuk kekal tenang selain memuji tendangan penalti sempurna yang diambil oleh rakan-rakan sepasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN