fbpx
Bangkai pesawat yang ditemukan selepas ia terhempas di Teluk Galveston, negeri Texas semalam. - Click2Houston

Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas, 5 maut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GALVESTON, TEXAS – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan milik Tentera Laut Mexico yang dinaiki mereka terhempas di perairan negeri Texas, Amerika Syarikat (AS), lapor saluran berita Al Jazeera. 

Pesawat itu terhempas semasa menjalankan misi perubatan dengan membawa kanak-kanak yang mengalami kesan lecur teruk ke sebuah hospital di bandar Galveston semalam. 

Tentera Laut Mexico dalam satu kenyataan berkata, pesawat jenis Beechcraft King Air 350i itu membawa empat pegawainya dan empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak. 

“Dua orang terselamat, manakala seorang lagi masih hilang,” katanya. 

Menurut laman penjejakan penerbangan FlightRadar, pesawat itu berlepas dari Merida, negeri Yucatan sekitar pukul 6.46 petang (waktu tempatan). Ia kali terakhir direkodkan pada pukul 9.01 malam (waktu tempatan) di Teluk Galveston berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Scholes. 

Ahli Meteorologi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, Cameron Batiste berkata, kawasan tersebut dilanda kabus sejak beberapa hari lalu. 

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI