KUALA LUMPUR – Pelaburan yang dibawa masuk oleh Kerajaan Madani bukan sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi turut diterjemahkan dalam bentuk pelbagai inisiatif untuk manfaat rakyat.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan tersebut telah mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Menurutnya, inisiatif ini juga membina kuasa ekonomi baharu yang lebih inklusif dan berdaya saing demi masa depan negara.
“Inilah komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan setiap pelaburan yang masuk memberi pulangan kepada rakyat, hari ini dan masa depan negara,” katanya.- KOSMO! ONLINE














