fbpx
Fadhlina memeluk anaknya, Maryam selepas selesai menduduki kertas akhir SPM.

‘Mummy sign off dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Mummy sign off dulu.”

Demikian luahan penuh kelegaan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selepas anak perempuannya, Maryam, menamatkan kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon kelas 2008 semalam.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Fadhlina berkongsi suasana menyentuh perasaan ketika para calon keluar dari dewan peperiksaan, disambut ibu bapa yang menunggu dengan perasaan bercampur baur.

Menurut beliau, detik melihat anak-anak sujud syukur, melaungkan takbir dan tahmid selepas tamat peperiksaan membuatkan para ibu, termasuk dirinya, gagal menahan air mata.

“Empangan air mata Maryam pecah. Nampak sahaja Mummy, dia terus meluru memeluk lama sekali,” ujarnya.

Fadhlina turut menyifatkan tempoh tiga tahun kebelakangan ini sebagai perjalanan yang mencabar apabila perlu menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan dalam masa sama perlu mempersiapkan anak-anak untuk menduduki SPM.

“Tiga tahun menjadi Menteri Pendidikan, tiga tahun jugalah menghadap anak-anak SPM. Pengsan,” selorohnya.

Dalam hantaran sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada guru-guru, asatizah serta rakan-rakan yang mendoakan kejayaan anaknya, selain menyatakan komitmen seterusnya untuk terus memberi tumpuan kepada anak-anak lain yang masih memerlukan perhatian dan perjuangan berpanjangan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen kebanyakannya tersentuh dengan hantaran tersebut.

“Datang sebagai ibu, tanpa protokol, tanpa jarak. Terima kasih YB kerana menjadi pelindung kami para guru,” komen @NM Salleh.

“Terima kasih YB kerana bersama-sama menyambut anak-anak Jilul Mateen keluar dari dewan,” kata @Izzati Rahim.

“Terharu membaca perkongsian YB. Apatah lagi apabila anak YB sendiri merupakan calon SPM. Kisahnya amat bermakna dan benar-benar menusuk qalbu,” ujar @Duniya Othman.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN