fbpx
Keadaan kereta Lotus Esprit yang diselaputi lumut. - Charterhouse

Lotus Esprit berlumut bernilai RM55,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebuah kereta Lotus Esprit Turbo keluaran 1982 yang diselaputi lumut selepas terbiar selama 30 tahun akan dilelong dengan nilainya kini mencecah £10,000 (RM55,000), lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Kereta sport ikonik itu dimasukkan ke dalam lelongan kenderaan klasik dan vintaj di Haynes Motor Museum yang dianjurkan oleh firma lelongan Chaterhouse berpangkalan di Dorset, Britain.

Kenderaan berwarna merah dengan hiasan dalaman kulit magnolia itu ditinggalkan di dalam bangsal selama 30 tahun.

“Sesetengah orang menyatakan perubahan warna cat boleh menambah nilai, tetapi saya tidak pasti sama ada yang dimaksudkan itu termasuk lumut hijau, kulat dan lendir yang telah tumbuh pada Lotus ini sepanjang tiga dekad lalu,” kata Pengarah Charterhouse, Richard Bromell.

Kenderaan tersebut yang dibina di kilang syarikat itu di Hethel, Norfolk telah dibeli pada 1990. Namun, ia memerlukan beberapa pembaikan dengan pemiliknya memulihkan kereta itu beberapa tahun berikutnya.

Menjelang 1995, ia disimpan di sebuah bangsal selepas pemiliknya mengubah minat daripada memandu kereta kepada melatih anjing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN