fbpx
Seri Paduka Baginda ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, semalam. Foto OFFICIAL SULTAN IBRAHIM

Lawatan Agong perkukuh kerjasama strategik Malaysia-UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, semalam.

Titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran di Facebook, pertemuan itu membentuk landasan kerjasama yang lebih berpandangan jauh dan strategik, serta memperkukuhkan lagi hubungan dua hala sekali gus mencerminkan semangat saling menghormati antara Malaysia dan UAE.

Sultan Ibrahim turut bertitah pertemuan empat mata dengan Sheikh Mohamad telah menyentuh soal kerjasama dalam bidang ekonomi, pelaburan, dan keterjaminan makanan.
“Kami juga berkongsi pelbagai perkara lain termasuk melihat usaha untuk mengeratkan lagi kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan,” titah Seri Paduka Baginda.

Pertemuan Yang di-Pertuan Agong bersama Sheikh Mohamed berlangsung hampir satu jam di Istana Qasr Al Bahr, Abu Dhabi, bersempena lawatan khas Seri Paduka Baginda yang bermula semalam, atas jemputan khas daripada Presiden UAE itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN