fbpx
SALBIAH (kanan) melihat keadaan bayi yang menghidap penyakit germ cell tumor ketika ditemui di Bandar Lahat Baru, Ipoh semalam. Foto oleh LIYANA RAMLI / KOSMO!

Perak salur RM500 sebulan kepada bayi hidap ketumbuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan Perak menyalurkan bantuan kepada keluarga bayi berusia 14 bulan, Firas Affan, yang menghidap ketumbuhan selepas kisahnya tular di media sosial pada 20 Disember lalu.

Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersetuju menyalurkan Bantuan Pesakit Terlantar sebanyak RM500 sebulan kepada Firas bermula Januari depan, dengan Mohd. Fauzi sebagai penjaga berdaftar.

“JKM bersama Sekretariat Pembangunan Wanita telah diminta mengambil tindakan segera bagi meringankan beban keluarga berkenaan. Hari ini saya hadir ke rumah Encik Fauzi untuk melihat sendiri keadaan adik Firas,” katanya ketika ditemui di Bandar Baru Lahat di sini semalam.

Salbiah berkata, walaupun bapa bayi tersebut, Mohd. Fauzi Saad, 43, masih bekerja, keadaan kesihatan anaknya yang memerlukan rawatan rapi dan kerap ke hospital menyebabkan beliau perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga, sekali gus menambah beban kewangan.

“Bantuan bulanan ini merupakan sokongan tambahan kerajaan negeri bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga Encik Fauzi,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa keluarga berkenaan telah menerima bantuan di bawah program Perak Sejahtera yang diluluskan sejak Oktober lalu melalui Sekretariat Pembangunan Wanita negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN