fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kanak-kanak itu bemain di atas badan dan ekor paus. - TikTok

Kanak-kanak tunggang paus tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan kanak-kanak di Lembata, wilayah Nusa Tenggara Timur mengundang perhatian ramai apabila dirakam menunggang seekor ikan paus gergasi di tengah laut, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Kampung Lamalera baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @infipop.id menunjukkan kanak-kanak itu secara bersahaja duduk sambil bermain di atas badan paus. 

Ada antara mereka dilihat menunggang mamalia itu dengan duduk di ekornya. 

Lebih mengejutkan apabila paus itu membiarkan mereka bermain, seolah-olah sudah biasa dengan kehadiran mereka. 

Pengguna media sosial menyifatkan keakraban itu menyamai filem Avatar: The Way of Water. 

“Ini seperti Avatar tapi versi Indonesia,” kata seorang netizen. 

“Masyarakat di situ bersatu dengan alam,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN