fbpx
Gambar hiasan

Jakim siasat program ‘Interfaith Water Ceremony’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil individu yang dikaitkan dalam ‘Interfaith Water Ceremony’ bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan penglibatan individu Muslim dalam program tersebut.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, individu terbabit bukan pegawai Jakim sebagaimana yang disangka segelintir pihak sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

“Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengeluarkan kenyataan media pada 18 Disember lalu bagi menjelaskan isu dakwaan penyertaan pegawai JHEAIPP dalam program tersebut.
“Ia memperincikan latar belakang penganjuran program, tujuan sebenar kehadiran pegawai agama Islam negeri, serta konteks rakaman yang tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, Jakim akan mengadakan pertemuan dengan Ahmad Iqram Mohamad Noor bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Terdahulu, menerusi satu hantaran di laman Facebook, pendakwah bebas Ahmad Iqram memuat naik beberapa hantaran berkaitan isu berkenaan.

Menerusi perkongsian itu, beliau menjelaskan bahawa bagi pihak gereja, program seperti “Interfaith Water Ceremony” dianggap sebagai simbolik kepada penyatuan antara agama.

Pada masa sama, Jakim bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama negeri dan agensi berkaitan bagi memastikan penilaian menyeluruh dapat dilakukan mengikut perundangan sedia ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN