PETALING JAYA – Peluang orang ramai untuk menikmati pelbagai spesies raja buah termasuk musang king dalam kuantiti banyak dan murah semakin cerah apabila harga durian ikonik itu jatuh mendadak ekoran lambakan serentak yang berlaku di kebun-kebun pengusaha. Keadaan itu menyaksikan kebanyakan gerai-gerai durian dipenuhi pelanggan yang terpesona dengan tawaran menarik peniaga untuk melariskan jualan. Peraih durian musang king Raub, Pahang dikenali sebagai Mus, 46, berkata, dia terpaksa ‘membuang harga’ sehingga RM14 sekilogram (kg) untuk musang king gred A, B dan…














