fbpx
SEMENYO antara pemain yang berada dalam senarai yang mahu dibeli Liverpool. - AFP

EPL: Legenda Liverpool tidak setuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Legenda Liverpool, John Barnes menggesa kelab itu tidak terpengaruh dengan perkembangan di media sosial mengaitkan pasukan itu dengan perpindahan pemain antarabangsa Ghana.

Liverpool mengeluarkan dana cukup besar pada jendela perpindahan musim panas lalu, namun semuanya seakan belum menjadi apabila mereka belum menemui rentak terbaik apabila mencatat enam kekalahan pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Ketika ini, Liverpool turut berdepan ketidaktentuan masa depan bintangnya, Mohamed Salah yang dikaitkan berhijrah pada hujung musim ini menyebabkan khabar angin mengaitkan The Reds dengan khidmat pemain tengah Bournemouth, Antoine Semenyo.

Pemain berusia 25 tahun itu dinilai pada harga £65 juta (RM354.01 juta), namun Barnes berpendapat ia bukanlah pilihan yang bijak dilakukan pasukan itu sekiranya membawa masuk Semenyo.

Menurut Barnes, Liverpool sudah tidak ada keperluan untuk memperkuat jentera serangan kerana telah mengeluarkan pelaburan besar melibatkan Alexander Isak, Florian Wirtz dan Hugo Ekitike.

“Januari bukan masa yang tepat untuk membeli pemain. Jika anda lihat, Liverpool tidak mempunyai masalah menjaringkan gol atau mencipta umpanan. Kami sudah memiliki Cody Gakpo, Isak, Wirtz, Mo Salah dan (Rio) Ngumoha.

“Saya fikir kami ada masalah di posisi lain yang perlu dilihat dengan teliti oleh kelab sebelum membuat keputusan membawa masuk Semenyo. Dia (Semenyo) adalah pemain yang baik dan kami mengalu-alukannya, tetapi ada perkara lain yang perlu diselesaikan dahulu,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN