fbpx
ISAK mungkin terpaksa berehat panjang selepas berdepan kecederaan patah kaki ketika menentang Spurs. - AFP

EPL: Kualiti sentuhan Isak bakal hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Alexander Isak berisiko tidak lagi mampu mengulangi kualiti yang dipamerkan musim lalu selepas sekali lagi berdepan masalah kecederaan.

Penyerang termahal Liga Perdana Inggeris itu dikhuatiri mengalami kecederaan patah kaki ketika Liverpool meraih kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur dan Isak berjaya meledak gol pembukaan.

Situasi itu meletakkan Liverpool dalam dilema sama ada perlu kembali ke pasaran perpindahan Januari ini bagi mendapatkan pemain baharu atau sebaliknya.

Bekas pemain Aston Villa, Gabby Agbonlahor bimbang Isak akan menjadi individu berbeza dan mungkin tidak lagi mampu mengulangi kualiti yang pernah dijelmakan sebelum ini.

“Saya tidak rasa yang Isak akan bermain lagi pada musim ini. Saya baharu saja lihat keadaan kecederaannya dan apa yang saya lihat, dia mengalami patah kaki.

“Sudah pasti ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali bermain, malah seseorang pemain itu juga mungkin tidak mampu kembali dengan kualiti yang sama seperti dulu,” katanya.

Isak mengalami kecederaan itu ketika menghasilkan jaringan buat Liverpool apabila dia dicabar hebat oleh pertahanan lawan, Micky Van De Ven.

“Saya fikir Liverpool mungkin akan menyertai kelab lain untuk mendapatkan khidmat bintang Bournemouth, Antoine Semenyo,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN