fbpx
ANTARA barangan yang dirampas pihak polis dalam penahanan tiga suspek Geng Logan di Melaka.

Geng Logan terbabit 10 kes pecah rumah diberkas di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Dua beradik dan seorang wanita bergelar Geng Logan yang dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah di daerah Melaka Tengah diberkas polis baru-baru ini .

Suspek utama berusia 33 dan kekasihnya berusia 24 tahun ditangkap pasukan Cawangan Risikan/Operasi (D4), Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek ditahan di sebuah kedai barangan antik di Jalan Munshi sebelum tangkapan susulan dibuat ke atas adiknya berusia 29 tahun di sebuah rumah di Lorong Mangga, Pokok Mangga.
“Bertindak atas maklumat dan risikan selama beberapa bulan, seramai tiga suspek diberkas. Kita merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah antaranya plat emas, syiling lama, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan jam tangan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurut beliau, turut dirampas adalah sarung tangan, sarung kepala, pemotong besi, playar, lampu suluh dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

Katanya, hasil soal siasat, ketiga-tiga suspek mengaku terbabit dalam 10 kes pecah rumah di sekitar daerah Melaka Tengah.

“Semakan mendapati suspek utama memiliki 20 rekod jenayah dan dadah. Mereka direman sehingga 29 Disember ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI