fbpx
Gambar Hiasan

‘Boyfriend ajak dating, tapi tak ajak makan dan minta duit minyak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Nak tanya pendapat, (apa nak buat) kalau teman lelaki kau orang ajak ‘dating’ tapi borak kosong yang cuma cakap, ‘Saya rindu awak’ lepas tu tak ajak makan dan minta kita bayarkan duit minyak kereta sebab dia dah datang dari jauh.”

Itu persoalan yang dikemukakan seorang wanita dari Kuala Lumpur yang meminta pendapat orang ramai tentang peribadi teman lelakinya.

Menggunakan profil @Jrominww di media sosial wanita itu berkata, dia bagaikan sudah tawar hati terhadap teman lelakinya yang tinggal di Melaka itu.

“Selama enam bulan dengan dia, tak pernah dapat bunga atau apa-apa cuma dapat kata-kata sahaja, contoh, ‘Pergi makan okey’ atau ‘Jangan lupa makan’. Kalau makan, saya pun ingat .

“Ada satu hari tu keluar dengan dia pergi ‘mall’. Mulanya saya tak rasa nak makan dekat medan selera sebab tak menarik tapi dia nak dan beli nasi ayam untuk dia seorang saja dan beri saya satu suapan lepas tu balik,” katanya.

Bukan itu sahaja, wanita itu mendedahkan dbiarkan dia pulang ke rumah menaiki Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) kerana lelaki itu terpaksa pulang sebelum pukul 6 petang.

“Kali terakhir keluar pun saya naik MRT pergi jumpa dia sebab tak dapat jemput walaupun dia naik kereta. Saya tak kisah tapi macam tak ada usaha saja.

“Lepas tu dia minta duit minyak siap kata, kalau boleh bagi untuk makan sekali. Dia pendek daripada saya, saya 165 sentimeter (cm) dan dia mungkin 157cm,” dedahnya.

Perkongsiannya itu mengundang perhatian orang ramai yang rata-rata menggesa wanita itu meninggalkan lelaki tersebut dengan segera.

“Lari la sis. Tu pun nak kena ajar ke,” gesa @Zyra.

“Lari dan jangan toleh. Teruskan perjuangan cari yang lain,” ujar @Yasmineikhsan.

“‘Block’ sekarang. Carilah yang berduit sikit dan tinggi,” cadang @Athirah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN