fbpx
Kenderaan yang musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan SS 9A/10, SS 9A, pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

3 kereta terbakar di Petaling Jaya, tiada mangsa terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga buah kereta terbakar dalam satu kejadian kebakaran di Jalan SS 9A/10, SS 9A di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.40 pagi.

Menurut beliau, kebakaran melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi terbakar kira-kira 20 peratus dan sebuah Honda Accord terbakar sekitar 50 peratus
“Sebuah lagi kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti musnah sepenuhnya.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.51 pagi, kira-kira enam kilometer dari balai, sebelum operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.02 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kejadian itu tidak melibatkan sebarang struktur bangunan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Tambah Ahmad Mukhlis, api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba dan operasi tamat tanpa sebarang insiden tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN