BEIJING, 23 Disember 2025 /PRNewswire/ — Apabila perubahan disruptif mentakrifkan semula tuntutan pasaran pada hari-hari yang lalu dalam tahun 2025, pengeluar baijiu Cina, Wuliangye, mengadakan konvensyen tahunannya baru-baru ini untuk mendapatkan konsensus dalam mengharungi pasaran minuman keras yang kian berubah-ubah.
Acara ini, iaitu Konvensyen Tahunan Wuliangye ke-12•18 kali ke-29 menarik perhatian global apabila sekumpulan ahli profesional berhimpun di Bandar Yibin, Wilayah Sichuan, barat daya China, bagi mentafsirkan sejauh mana industri baijiu Cina berubah dan ke mana hala tujunya.
Pakar-pakar yang hadir menegaskan perubahan disruptif dan menyeluruh ke atas struktur produk, pasaran dan penggunaan dalam industri baijiu, dengan mengatakan bahawa amat penting bagi pengeluar menyahut cabaran berkenaan.
Pada dasarnya, landskap yang kompetitif, orientasi nilai dan logik pasaran industri baijiu dibentuk semula dan masa kini menjadi tempoh yang amat genting untuk pembuat minuman keras mengambil inisiatif bagi mencapai kejayaan pada masa depan.
Bekalan dipacu permintaan yang baharu dan permintaan dipacu bekalan yang baharu menunjukkan keadaan yang dialami oleh industri baijiu pada masa ini, kata Zeng Congqin, pengerusi Wuliangye Group dan menambah bahawa syarikat ini bersiap siaga dan yakin untuk menempuh penyusunan semula industri ini.
Keazaman Wuliangye berpunca daripada kelebihannya yang berakar umbi dalam asas pembangunan, kualiti produk, penjenamaan, pasaran, pasukan dan modal yang kesemuanya dijangka dapat menyerlahkan lebih banyak potensi pembangunan.
Selama bertahun-tahun, pembuat baijiu Cina ini sentiasa menjadikan kualiti produk premium sebagai keutamaan tertinggi, menguntukkan seluas 113,333.33 hektar ladang bijirin untuk pembruan minuman keras serta menubuhkan 529 bengkel didayakan teknologi keras dan 533 bengkel untuk kawalan kualiti yang tepat.
Segala usaha ini menjurus kepada kemenangannya dalam meraih pelbagai anugerah kualiti di dalam dan luar negara, termasuk EFQM Global Award 2025, salah satu daripada tiga anugerah kualiti terkemuka di dunia yang melambangkan penanda aras bagi kualiti organisasi.
Melalui pembukaan 474 kedai khusus, kedai pengalaman, kedai koleksi dan restoran bertemakan Wuliangye pada tahun 2025, pembuat baijiu Cina ini menyaksikan peningkatan mendadak pembukaan botol di tempat-tempat jamuan.
Salah satu produk rendah alkoholnya yang menyasarkan pengguna muda pernah meraih hasil jualan sebanyak lebih 100 juta yuan hanya dalam tempoh dua bulan selepas diletakkan di rak jualan, sementara senario penggunaan luar negara turut meningkat dengan mendadak seiring dengan pembukaan restoran-restoran bertemakan Wuliangye di Singapura dan juga Jepun.
Seperti yang dinyatakan oleh seorang pengurus perniagaan di sebuah firma Malaysia, beliau yakin akan masa depan Wuliangye melihatkan kualitinya yang premium, status jenama serta nilai pasarannya dan bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan syarikat ini di Malaysia.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348905.html
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4852450_MS52450_6















