fbpx
Wanita warga tempatan didakwa menjadikan kerusi di balai pelepasan KLIA sebagai ‘rumah sementara’ sejak beberapa bulan lalu.

Wanita ‘tidur’ di KLIA ada kad mental, diserah ke Hospital Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Seorang wanita yang didakwa menjadikan kerusi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sebagai ‘rumah sementara’ dilaporkan mempunyai kad mental selain sudah diserahkan kepada Hospital Kajang.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita warga tempatan itu diserahkan kepada Hospital Kajang pada Khamis lalu selepas pihaknya mendapat aduan berhubung kekacauan yang ditimbulkan.

“Kami menerima aduan berkaitan kekacauan yang ditimbulkan wanita itu sebelum mengerahkan anggota terlibat untuk meninjau keadaan.

“Jadi, berdasarkan pemeriksaan, wanita tempatan itu didapati mempunyai kad mental dan sudah diserahkan kepada Hospital Kajang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Terdahulu, sebuah video tular di aplikasi Tiktok yang mendedahkan seorang wanita dilaporkan gelandangan telah bertindak agresif dengan memarahi penumpang di KLIA.

Berdasarkan video dimuat naik menerusi akaun Hijrah Route, wanita itu dilihat sedang bertengkar dengan individu lain selepas dia didakwa memarahi kanak-kanak yang bermain di kawasan sekitar.

Semalam, Kosmo! melaporkan KLIA Terminal 1 mula menjadi ‘rumah sementara’ beberapa individu selepas sekurang-kurangnya lima gelandangan termasuk lelaki dan wanita dilaporkan menghuni kawasan itu sejak lebih setahun yang lalu.

Golongan ini dikatakan tidak akan menetap di KLIA dalam tempoh lama bagi mengelakkan ditahan sebaliknya akan berpindah randah termasuk menjadi gelandangan di sekitar ibu negara.

Tinjauan Kosmo! selama hampir tiga jam di KLIA mendapati, golongan tersebut menjadikan kerusi di balai pelepasan sebagai ‘tempat tidur’ dan tandas di tingkat empat tempat untuk membersihkan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI