fbpx
Trump mengumumkan pembinaan kapal perang USS Defiant di estet Mar-a-Lago Trump di Palm Beach, Florida kelmarin. - AFP

Trump lulus pelan bina kapal perang terbesar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membina armada kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang baharu, dinamakan sebagai ‘‘Armada Emas’, lapor stesen penyiaran CBS News kelmarin.

Trump berkata, beliau menjangkakan untuk membina 10 kapal perang dalam masa singkat dan meningkat menjadi 20 hingga 25 buah kapal. 

“Setiap satu daripadanya akan menjadi kapal perang terbesar dalam sejarah negara kita dan  kapal perang terbesar dalam sejarah dunia.

“Sebagai panglima tertinggi angkatan pertama, adalah penghormatan besar untuk saya mengumumkan bahawa saya telah meluluskan rancangan untuk Tentera Laut memulakan pembinaan dua kapal perang baharu. 

“Ia sangat besar dan terbesar yang pernah kami bina,” tambah Trump.

Menurut beliau, Pentagon sangat memerlukan kapal tersebut kerana beberapa kapal perang Amerika kini tua dan usang.

Pentadbiran Trump sedang cuba menangani kekurangan pembinaan kapal perang AS merentasi berbilang pentadbiran dan memperkukuh rantaian bekalan pembinaan kapal negara itu.

Setiausaha Tentera Laut, John Phelan berkata, Trump telah lama bercakap tentang keperluan mempunyai kapal perang baharu.

“Kapal perang kelas Trump masa depan, USS Defiant akan menjadi kapal perang terbesar, paling berbahaya, serba boleh dan paling cantik di mana-mana sahaja di lautan dunia,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN