fbpx
REMAJA lelaki bersuia 16 tahun ditemani bapanya didawak di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan merogol remaja perempuan. Foto NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

Remaja lelaki mengaku noda budak bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 16 tahun pada awal Disember lalu.

Tertuduh berusia 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd. Talhah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didapati merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika kejadian di Bandar Tasik Senangin, Lenggeng, Nilai pada 1 Disember lalu, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, P. Rubini mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.

Mahkamah menetapkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman pada 4 Mac depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN