fbpx
APMM menemui 40 bungkusan daun ketum dalam keadaan terapung dekat Pantai Leman, Kuala Kedah dekat Alor Setar awal pagi semalam. Foto APMM

Penyeludup campak 400kg daun ketum ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Penyeludup dipercayai bertindak mencampakkan 40 bungkusan plastik mengandungi daun ketum ke laut selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa dekat Pantai Leman, Kuala Kedah awal pagi semalam.

Semua bungkusan itu ditemukan terapung oleh Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah di kawasan sekitar 0.3 batu nautika pantai tersebut kira-kira pukul 2.22 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, hasil maklumat risikan, bot ronda APMM yang sedang melaksanakan rondaan rutin Op Aman dan Op Guard mengesan pergerakan mencurigakan di kawasan operasi sebelum menemukan 40 bungkusan plastik hitam berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan-bungkusan itu mengandungi kira-kira 400 kilogram (kg) daun ketum yang dibungkus rapi dan disyaki dibuang ke laut selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Daun ketum yang dianggarkan bernilai RM60,000 dirampas dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati modus operandi penyeludupan keluar daun ketum ke negara jiran masih berlaku, namun tidak serancak sebelum ini.

“Ia berikutan negara jiran telah membenarkan penanaman pokok ketum di sana, namun masih terdapat permintaan disebabkan kualiti tinggi daun ketum dari Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN